Assalamualaikum...
pernah kah kau berasa rendah diri? pernah kah kau terasa terhina? pernahkah kau merasa seperti tidak ada siapa yang sedar kewujudanmu?
aku pernah.. aku pernah merasa berada di bawah.. dimana aku lihat mereka membanggakan ibu bapa ku, tapi tidak aku.. kadang-kadang aku terfikir.. inikah kekurangan ku yang harus aku terima? kenapa mereka boleh memberi senyuman itu tetapi tidak aku? kenapa aku berbeza? kenapa? persoalan demi persoalan muncul di dalam fikiran. Dimanakah silapku? mungkin kerana aku bukan seorang anak yang baik dan juga bukan seorang hamba Allah yang baik.
Aku pernah lihat dikala mereka membanggakan ibu bapa mereka. menerima kejayaan demi kejayaan dan memberi senyuman demi senyuman kepada ibu bapa mereka. tapi dikala kejayaan yang mereka terima, aku sedang lagi tercari-cari kejayaan untuk diri aku. Aku masih lagi tercari-cari sisa-sisa senyuman untuk aku berikan kepada ibu bapa ku. Apakah aku tidak layak memberi mereka itu pada masa itu?. Aku lihat mereka senyum gembira.. senyum bangga tapi aku masih lagi mencari hala tuju hidupku. mungkin nasib ku tidak sebaik mereka. Kejayaan demi kejayaan yang mereka terima. ya! memang aku telah berada di peringkat ini.. belajar dan terus belajar..belajar dari kesilapan, belajar dari dugaan dan cabaran yang lalu.
Pernah juga aku kalah dalam hati dan perasaan.. aku kalah dengan hati aku sendiri, aku kalah dengan perasaanku sendiri. Apakah aku tidak layak menerima kebahagiaan. ya! memang kini itu semua kenangan, ya! memang kini ada yang sudi memberi aku cinta.. tapi kenangan itu masih segar diingatan. kenangan pahit yang aku lalui.. 3 tahun yang terbazir untuk seorang yang tidak kenal erti menghargai.. aku ditolak, aku dicabar tapi kenapa aku setia? Dan aku biarkan kenangan itu terus menjadi pengajaran untuk diriku dan aku akan terus mencari kebahagiaan yang akan datang..
Kini sedikit aku merasa kejayaan, walaupun lambat.. walaupun aku ketinggalan tapi aku yakin Allah ada jalan yang terbaik untuk aku, biar mereka kata aku bodoh! biarkan mereka kata aku lemah.. tapi aku yakin.. Allah akan membantu aku.. aku yakin aku akan dapat kekuatan itu..
Monday, 3 February 2014
Thursday, 23 January 2014
Kenapa?
Assalamualaikum...
KENAPA?kenapa manusia suka pandang pada rupa? apa ada pada rupa? kenapa manusia sekarang suka pandang pada kedudukan? bukankah kita semua hamba-Nya?kenapa manusia suka menilai seseorang pada luaran? gaya? apa yang dipakai?
Tak faham lah! perkara-perkara mcm ni bukan sahaja berlaku kepada orang luar.. tapi kadang-kadang ada dekat je dengan kita.Adakah orang yang gagal itu akan terus gagal? dan orang yang berjaya itu akan terus berjaya? Kebanyakkan orang akan berkata tidak.. tp hakikatnya.. perlakuan mereka, pandangan mereka, mengatakan ya! Anggapan mereka yang gagal akan terus gagal dan yang berjaya akan terus berjaya. Walaupun bibir mereka berkata tidak, tp perlakuan mereka menunjukkan ya!
Wang Ringgit kah kebahagian? wang ringgit kah syurga? kenapa menjadikan wang ringgit sebagai alasan?kenapa? sekeping kertas menjadi ukuran? kadang-kadang aku tertanya.. apakah yang perlu kita cari sebenarnya di dunia ini? knp orang mengangungkan kehidupan didunia sedangkan kita tahu.. Dunia ni lah tempat Nabi Adam dan isterinya Hawa menerima hukuman kerana melanggar perintah Allah.. tapi kenapa? mereka masih memandang kepada ini semua?
aku tertanya.. KENAPA?
Monday, 16 December 2013
semester busy
Assalamualaikum..
huh!!arghhh!!!
semester ni adelah semester yang sgt busy.. smpai nk g berfoya2 untuk kesenangan diri sendiri pn rasanya x sempat.. dengan lecturer yang cerewet.. dengan asgmnt y sekejap ade sekejap x ada.. damn! mmg sgt letih..
InshaAllah.. pasti ade hikmah untuk semua yang terjadi nih.
Semester ni jgk lah semester yang aku di cabar dan di uji dengan pelbagai dugaan. dengan assignment yang mcm gunung everest, + elaun yang di tangguhkan disebabkan sebab2 yang tertentu.. duk jao gile dr kampus.. wargh! penat rasanya.. terlalu penat, terlampau penat. kalau tgk jadual.. mmg x byk kelas.. but asgmnt like hell!
ni lah nasib orang belajar.. selagi x hbs belajar, selagi tu lah dikelilingi asgmnt, presentation, quizzes,test and many more. so x perlu lah tedddy nak mengeluh panjang2 kan? da lumrah seorang student.. rite?
Last bu not least, final exam is around the corner. so wish me luck! hoping for Dean List.. inshaAllah.. =)
Monday, 18 November 2013
kenapa..
kenapa aku sign up blog tapi... keluar lain??
assignment apakah yang kene buat blog ni!!!
tolong la kami...
assignment apakah yang kene buat blog ni!!!
tolong la kami...
Sunday, 13 October 2013
assalamualaikum..
hello!! hye! rindu nya nk taip panjang2 than membebel apa y kita rasa...
seriously..bila kita luahkn apa sahaja yang kita rasa dalam penulisan bnde tu adalah lebih baik untuk menjaga hati pelbagai pihak.. daripada kita menghamburkan pelbagai kata-kata yang tidak disenangi kepada orang lain.. Ini secara tidak langsung akan merosakkan hubungan sesama manusia..
Lately, teddy suka sangat beli Diari cantik-cantik and warna warni.. and i can write whatever i want about my feeling, problem, love, or maybe about my study.. yes! rasa lebih lega.. if kita nak nangis masa tulis tu pon.. x salah rasanya.. sebab kadang-kadang x semua yang kita nak cakap tu akan terluah bila kita mengadu pada org... sebab kita tak mahu org fikir bukan-bukan tentang diri kita!
Lagipun, xsemestinya bila kita luahkan pada orang, kita akan merasa lega.. org blh nasihat kita, but x semuanya y kita blh lakukan.. btl x? Bila seseorang itu dalam perasaan marah, sedih, gembira, or mungkin keliru.. orang tu x blh buat keputusan yang tepat. kan? So, after meluahkan melalui penulisan, mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kita membuat keputusan yang lebih bijak...
this is my style and my way, teddy just share aoe y teddy rase seronok nak dilakukan.. sebab bg diri teddy, tiada siapa yang boleh memahami kita selain diri kita...
~people will see my smile, my laugh, but they don't ever know what is inside~ =)
Tuesday, 2 July 2013
SUKSIS
Assalamualaikum...
puuhh.. puhh... huussssshhh!! (tiup2 sikit bolg ni!)
hah! rasenye last meng-update blog ni mase sem 1 kot.. hahaha.. berkurun dah weyh
okay.. acctually teddy x la busy.. cuma malas nk mengarang..
ok2! jujur lah! teddy lupa sbnrnye y teddy ni ade blog.. hahaha..
teringat pon sbb ade member kate y dy dah lame x update blog..
walaupn xde follower y nak bace tp kesian lah kat ruang legar ni kan.. terbia jerwk!
okay.. dah jujur dah!
Actually teddy wants to update about SUKSIS
okay nama panjang bg SUKSIS adalah Sukarelawan Polis Siswa
kalau kat UiTM Perlis dulu ade PELAPIS..(tak taw btl ke x ejaannya)
in UTem ade suksis.. but acctually ade je UiTM y ade SUKSIS
byk lagi Universiti y ade SUKSIS ni..
contohnya UKM, UNiMAP, byk lg lah!
okay.. here we go! lately kitorg ade camp kat Pulau Pangkor
wahahaa.. mmg teringin sgt nak g! xkn nak lepas peluang kan?? mmg awesome gilerw! seronok tahap cipan ah!
here are the pictures of us..

ni semua skuad ade.. junior, intermediate and senior..
ok, muka teddy terselit kat situ..
ni skuad kami! ohh yeah! baju ni namenye baju operasi
with our skuad leader.. c cantik Dee
abaikan muka kami.. tgk pasir tu! pasir pantai!!
okay.. acctually ade je gmbr mase kitorg wat activity.. but x dpt full lg.. kalo ade mase t teddy share okay??
last but not least.. Selamat Berpuasa!!
Tuesday, 25 December 2012
3 fakta mengenai si tgn kidal vs tgn kanan.
hye bloggers..
oleh kerana teddy tulis tangan kiri or senang citer Kidal..
here are some info about lefthanded vs righthanded..
Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atau tangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.
Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.
Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.
Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan..
Thursday, 1 November 2012
KELAS ~
Assalamualaikum..
salam Jumaat..
teddy ary ni nak cerita sal satu subject y teddy amik..
mmg nak terus terang je ni..
subjek Business Math..
okay.. first ly.. da la subjek ni.. x same ng mase kat UiTM dulu..
businees math kat sini byk blaja intergration la.. diffrentation la..
mcm add math mase skola-skola dulu..
pening nyee.. da lama tinggl kn subjek tu.. mmg ssh la nk ingt..
teddy x kisah nk blaja sal add math ni.. but lecturer teddy tu ermmm
sush sikit.. kami student sampai x boleh wat kesalahn langsung masa wat latihan..
than paling teruk tengking-tengking student lak tu.. cakap bahase yang kasar ng student..
hoh.. baik-baik excited nak masok kelas.. trus down rase..
budak-budak kelas pon ramai yang down giler dengan sikap lecturer yang mcm tu
boleh je kan kalau nak tegur student dgn cara yang lebih elok
tak payah la nak guna pkataan kepala otak, berambus, memekak..
mcm org xde pelajaran ckp mcm tu. tak melambangkan identiti belajar kat universiti langsung
teddy betol-betol down dgn subjek ni.. da la x pernah nak mengajar.. setiap kali kelas,
student yang kne ajar kat depan. mcm tu x yah jadi lecturer la.. kami je wat kelas sama-sama..
blajar sama- sama.. at least klo blaja ng kwn-kwn xde pon kne maki hamun mcm tu
tak paham btol la lecturer mcm tu...
ada jugak 1 lg lecturer import dr Indonesia.. pon masalah.. ckp bahasa indonesia..
da la kami tak paham.. pastu pilih kasih.. pelik betol.. ergh!
#lecturer perempuan mmg masalah la kat sini..
Tuesday, 30 October 2012
Assalamualaikum.. =)
huh!! busynyela hai!! assignment bertambah-tambah.. suma nak anta sebelom cuti mid sememster.. pengsan la mcm ni...
bukan tentang assignment yang teddy nk cerita kat entry kali ni..
teddy nak cerita tentang sorg budak ni la kan.. rasenye teddy ade jugak tulis post sal dia ni sblm ni..
alaaa... budak yang culture shock tu..
hah!! ni larh masalahnye.. teddy ta paham.. kate teddy y ketua kumpulan.. tp knp dy plak yang pndi2 bg tugas?
pastu pndi plak.. dia amik y senang.. bg plak kat kwn2 lain y susah n kne wat research tu..
cian la kat member cik oi.. same2 wat kerja kan??
kdg2 bengang jugak.. tgk pangai dia ni..
and 1 more thing.. blh x jgn jd copy cat sgt... meluat taw x??
ape org pki.. suma ko tiru bolat-bolat..
pastu bangge plak tu yang ko tiru org tu..sampai org yang ko tiru tu jd menyampah...
jadi je lah diri sendiri...
kalau dah takde tu..wat care takde.. k??
maklom la sikit. if la ko nak ckp teddy ni jahat.. takkan la ramai sgt org x blh ngam ng kau?
mustahil kan teddy yang salah..
hmmm.. hope ko sedar la cepat-cepat.. than btlkn kesalahn ko tu balik..
#jgn cabar kesabaran aku..

Tuesday, 16 October 2012
hati
mungkin orang lihat aku seorang yang ceria..
orang lihat aku gembira seperti tidak ada ape2 maslah.
tetapi dlm hati ini.. hanya tuhan sahaja yang tahu.. hakikatnya aku adalah seorang insan yang sunyi..
tidak ada sesiapa yang memahami hati ini.. jika aku luahkan pon.. belum tntu ada yang sudi mendengar.
apalah daya aku untuk untuk meminta simpati daripada orang lain untuk berkongsi masalah..?
aku bukanlah siapa-siapa yang penting bagi mereka..
jauh di sudut hati ni.. aku menjerit-jerit menangis tidak dapat menahan sebak..
aku sedar.. hati ini terlalu lembut.. sehingga kan aku mudah untuk menangis..
tapi aku tahu,, aku mesti kuat.. maslah yang datang pasti ada penyelesaian..
aku tahu Allah akan membantu aku.. dan aku tahu.. Dia akan bantu aku dlm setiap ujian.
aku selalu senyap.. diam adalah tindakan aku yang terakhir apabila aku tahu aku mmg takkan dpt lakukan apa-apa. tak guna untuk aku melawan.. sebab aku tahu.. aku tidak akan dapat seperti ape yang aku mahukan.
aku sedar.. sejak dari dulu.. hidup aku tidak sperti orang lain..
aku banyak kekurangan.. dan kerana keegoan aku.. aku sengsara sendiri..
aku tanggung ini semua sendiri..
air mata adalah peneman hidup ini sejak sekian lama..
air mata ini tidak pernah berhenti mangalir setiap kali hati ini terluka
aku berharap suatu hari nanti.. ada yang boleh mendalami hati ini..
kerana aku tahu aku terlalu lembut dengan mereka yang aku kenali
mungkin kerana itu aku dipijak.. dicaci..di hina..
tapi aku masih ada hati dan perasaan.. tidak ada yang memahami..
bukan ingin mengungkit..tapi tidak cukupkah pengorbanan aku selama ini..rase seperti keseorangn di dunia yang fana ini...
tabahnya hati ini.. walaupun kdg2 aku tak dapat sorokkan perasaan.. akhirnya aku terluka sendiri
kerana mereka tidak memahami aku.. kamu semua tidak memaami aku
Ya Allah.. kuatkanlah hati ini...
Thursday, 4 October 2012
fffuuhhh!! ppuuuuiiiiihh....
tiup-tiup sikit blog ni.. lame dah ta update..
berhabuk sgt dah ni...
Assalamualaikum.. =)
(sambil mendengar lagu)
Teddy teringin nak kongsi tentang seorang kawan teddy ni..
okay.. baru jugak la bkenalan.. (perempuan ok?)
okay. terus kan cerita... she just stay in Melaka..
tak kisah la if sebelom ni dy selalu datang kat Melaka ni..
tapi.. rasa mamcam nak tunjuk yang anda itu seorang yang tahu segalanya..
wahh!! hebatlah kalau semua jalan kat Malaysia ni anda tahu ye dik!
takyah la nak ada map lagi pasni...
takyah susah-susah pasang GPS la pasni ye?
than.. 1 more thing.. teddy rase budak ni macam culture shock pon ade taw..
macam orang baru dapat kebebasan lah katekan...
hutang buku, tak nak bayar..
orang lain beli buku.. dia tak beli pon.. dok pinjam buku orang
nak kate tak da duit.. beli baju seluar mahal2 ada plak duit??
pastu selamba je ckap yang "aku memang tak berkira sal baju ng seluar.."
errgghh kesian tengok budak ni
okay.. lastly.. untuk budak yang culture shock ni..
takyah berlagak sgt la.. bru berjinak2 pakai contacts lens.. da x tgur member
hohohoii.. tak yah rasa awak tu cantik sangat..
tolongla paham,..sebenarnya orang benci perangai gedik kau tu..
# nakstudytapimalas...

Thursday, 13 September 2012
Kehidupan di UTeM
assalamualaikum...
woohhoo..da lame nye x membebel kat belog nieyh..
teddy dah pun mendaftarkan diri di Universiti Teknikal Malaysia Melaka untuk menyambung pengajian di peringkat seterusnya dalam Program Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Dengan Kepujian (Pemasaran Teknologi Tinggi). or dalam bahasa simple nye High Technology Marketing. kat sini teddy bukan je belajar tentang marketing malah di sebabkan teddy masuk Universiti Teknikal.. teddy wajib mengambil mata pelajaran tentang Teknikal.. and mata pelajaran itu adalah Fizik!! Tahniah pada diri sendiri sebb anda mmg pun mengenali Fizik itu sejak zaman sekolah.. wahahaha.. Seriously.. kehidupan teddy kat sini jauh sangat2 berbeza dengan kehidupan kat Arau dulu.. kat sini. most yang mendaftar adalah lepasan Politeknik, STPM, dan Matrikulasi. mereka semua si adik2 yang baru nk belajar merasa kehidupan di Universiti. so mmg mereka sangat takut-takut and maybe culture shock.
Sepangajang teddy berada disini.. teddy masih lg x dpt suasana persekitaran yang pelik sebb kwn2 yang ada kat situ masih lagi x faham keadaan dan kejidupan di Universiti. than most of the time, teddy lebih rela lepak sorg2 kat library.. or kalo mls sgt nk g sane teddy duk dalam kereta sampai la waktu kelas seterusnya..
nampak x macamne bosannya teddy? Seriously, teddy x dpt lagi cari kwn yang blh ngam ngan kepala teddy.. mereka x same and x boleh nak jadi macam Ain, Aisyah and kwn2 kelas dekat Arau dulu yang happening sangat. mereka sangat skema.
kat sini.. pelajar cina and india sangat ramai.. malah kami jugak ada International Student. From Korea, Somalia, Indonesia, Japan.. ramai jugak la International student kat sini. so far mereka semua x sombonk pon.. baik je..
kat UTeM, banyak perbezaan ngan UiTM. perbezaan ketara adalah dari segi layanan staff kepada student.. kalau kat UTeM, mereka tak akan pernah marah student, walaupun akak tu yang jg kunci asrama kami. malah, kami boleh pilih housemate sendiri sekiranya ada. kat UTeM jugak, kami x duduk di kolej
semata-mata seperti asrama. kami diberi rumah pangsa and teddy dapat 1 bili seorang.. mmg heaven gilerw.
One more thing, Sticker utk kenderaan dekat UTeM ni cuma RM1 sahaja.. and pelajar Tahun 1 pon da boleh bwak knderaan sendiri.
lengan pendek?? Kat UTeM mereka membenarkan asalkan tidak menjolok mata. Pak Guard kat sini pon semuanya peramah dan x sesuka hati marah and saman org.
ni adalah permandangan dari sudut positive dr tempat tiggal teddy utk 1 tahun ni.. =)
lain kali teddy cerita lg ye??
#mata dah kuyu..

Sunday, 26 August 2012
Raya 2012.. ~
hello friends!!
da lame rasenye x post kat blog ni.. hohoi.. malas menaip sebenarnye..
hari ni TERrajin sebab Flybirds g tlg kwn (pie) packing barang untuk pindah rumah..
eyhk! Lupe pulak nak ucap Selamat Hari Raya.. maaf zahir dan batin..
moga kite semua saling maaf bermaafan dan mendapat keberkatan di bulan baik ini..
Aidilfitri kali ni.. family teddy bertemakan warne PURPLE..
and dah 3 tahun warne purple.. semua sebab undian untuk warne purple terlebih 1 dgn warne lain..

ni pic kami sekeluarga with lovely Tok Yah and Tok Mak..
big family sebelah mama.
(papa and pak uda blh merajuk sekarang sbb xde peruntukn baju)
mama wit aunties..
(dorg adik beradik okay !)
happy family.. ♥
and ni adalah very lovely couple i ever seen..
(love tok ayah and tok mak..)
#selamat hari raya Aidilfitri !!
Friday, 8 June 2012
lunch box
asslamualaikum bloggers,
dah lame rasenye x mengepos kat ruang ni.. hahhaa
skemanye ayat ni..
dah lame rasenye x mengepos kat ruang ni.. hahhaa
skemanye ayat ni..
Lunch Box...
"u tunggu i dtg k? i ade surprise utk u"
"ok..i'll wait"
15minit kemudian..
En. Muncit dtg bersama sesuatu di tangan iaitu...
LUNCH BOX...
mmg terharu giler.. dah la..
suma makanan tu dia masak sendiri...
kecuali nasi..mak dia yang masak..
kau! terdiam terus teddy mase tu...
no one had done tis to me before..
but he did.. ohh soo suuwweett...
trus mkn same2 .. katenye present before dia berangkat ke Arau..
today.. Mr Muncit ade kat aRAU .. and you know what? i miss him so much...
tak taw nak gaduh ngan sape..biasa nye gaduh ng En. Muncit je...
bila da jao.. rase mcm xnk gaduh plak...
really miss him so muchimaro..
#cepat balik ye En Muncit.. bwk cekolat sekali... love u
Tuesday, 15 May 2012
wahai hati
assalamualaikum..
usahlah bersedih wahai hati...
tabahlah dengan apa yang terjadi...
apa yang berlaku pasti ada hikmahnya..
kebahagiaanmu akan tiba nanti...
tidak la merasa rendah diri...
mungkin belum masanya kau merasa seperti mereka...
tapi, percayalah..harinya akan tiba jua...
congratz all~
Saturday, 12 May 2012
rindu pada mereka
asslamualaikum...
teddy tengah duduk2 tgk facebook...
tiba-tiba dtg satu perasaan...rindu..
rindu pd mereka... ye..kwn-kwn teddy mase d arau...
rindu telatah mereka yang menghiburkan...
seriously, sush nak lupakan kenangan dengan mereka...
aishah dan ain...
roomate sejak sem 1 sammpai sem 3..kwn baik..
susah senang sumenye kami bersama...
maslah teddy... sumenye teddy cerita pada mereka..
kadang-kadang teddy ni baran... dan mereka je yang tahu mcmne nk control teddy
tipu la kalo kami x pernah gaduh...tapi gaduh kami makin buat kami rapat...
mereka la kawan teddy yang paling memahami hati teddy...
ain dan aishah...
sterusnya mestila classmate tercinta...
14 org je..chumell sgt..paling sikit...
14 org..14 kerenah...
sally - kalo dy ckp..mmg menarik perhatian...kdg2 teddy tgk je dy ckp...
pastu teddy gelak sendiri..sebb dy mmg happening..
nita- gelak dy mmg lain.. mmg x campo sgt.. but kalo dy gelak.. merah jgk muka dy..
wawa - c lalat.. sape x knl?? 1 UiTM knl dy... ckp laju kalah tren...
anim- cute.. npk pendiam.. tp dy sbnrnye blh layan pale..
zana - ermm idaman mak2 mertua.. pendiam... gelak pon senyap je... suka ajar teddy bhase utara
atiqah- c dekan.. pndi..cantik je... kalo gelak.. mmg teddy x ketinggalan join skali la...
fim- ayat pedas dy... mmg sentap.. but ape dy ckp tu mmg btl.. fim mmg kelakar... suka tgk..
fatin- diam2 ubi berisi... mcm2 pangai dy ni.. pnh jd housemate.. taw sgt dah
dak2 laki 4 org... wan,mamu,emman,asril..
hensem ke x.. tu je kami ade.. dorg la byk tlg kami ketika sush..
hero2 malaya..
truly.. i miss the moment we were togethr frenz.. thx
Wednesday, 2 May 2012
ape tu??
wauuu!!!
mcm citer poppye
okay..kek kawen aq nak y ni.. aauuwww~
duyung lelaki..wahaha
ni lah kek!! hahaha..smart kn??t nk wat kek bday or kek kawin mcm ni la.. like!!♥ ♥ ♥
Sunday, 15 April 2012
soalan bengang
asslamualaikum readers..
kali ni entry teddy mengenai
SOALAN BANGANG YANG BUAT KORANG BENGANG
Korang mesti pernah ditanya soalan yang pelik-pelik kan? ha..ni cara nak jawap kalau ditanya macam ni..
S: kau tidur ke?
J : tak la,aku training macam mane nak mati nanti.
2)Imagine kau bawak tv ko yang rosak jumpa technician suruh repair,die mesti tanye gak:
S: nk repair tv ke?
J: tak la,aku bosan! so saje aku bawak tv ni jalan-jalan.
3)Time kau bangun tido, terus si bodo tanye kau:
S: ko da bangun?
J: ish,aku tengah tido sambil jalan la bodo
4)Kwn kau call telefon rumah kau:
S : mane kau?
J : sini, kt bus stop!!!
5) kau tengah sidai baju kat luar rumah, tiba-tiba jiran kau lalu
S: Sidai baju ke?
J : Tak lah, tengah baring-baring je.
6) kawan kau nampak kau tengah duduk sambil tengok tv
S : tengah tengok tv ke?
J : tengah makan la bongok..
7)Diorang nampak kau keluar dari bilik mandi basah-basah:
S: kau baru mandi ke?
J: mana ade,aku jatuh dalam lubang jamban tadi!
8)Kau di dalam toilet,pintu berkunci,ade gak orang ketuk pintu dan tanye:
S: ada orang tak?
J:( Suare Manja ) mne ade org!! taik yg bercakap ni!!! Grrr
#hanya untuk hiburan...
Friday, 13 April 2012
Ais oohh Ais
assalamualaikum..
hello readers.. ♥
Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
hello readers.. ♥
kali ni teddy nk cerita pasal Ais..
Bukan dadah tu taw.. ni air y d bekukan.. a.k.a ais
mcm ang semua kawan-kawan teddy taw..
teddy ni suka kunyah Ais..
Ramai yang tanya.."tak sakit gigi ke kunyah Ais mcm tu.."
dan jawapan teddy tetap same.. "tak mala puas hati"
ok larh tadi teddy terbukak satu info kat internet.. kat situ ada cerita tentang
RAHSIA KHASIAT DI DALAM AIS..
jom kita bace same-same..
Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia” Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.
Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan benarkan anak anda memakan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan sehingga batuknya hilang dalam masa beberapa jam kerana mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total.
Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan.
Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan.
Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.
Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.
Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.
Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.
Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit.
Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat.
Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.
Air sejuk akan menguatkan tulang bayi.
Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.
Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu Intan.
Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan system penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.
Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.
Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.
Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.
Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.
Air sejuk dapat merakamkan gelombang frekuensi rendah lebih stabil.
Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.
Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.
Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.
so kawan-kawan..macamane?? lepasni nak tak join teddy suka mkn ais.. hehehe..
p/s: tulis sambil menggigit ais
Tuesday, 10 April 2012
Lelaki Terseksi 2012
Asslaamualaikum..
hello bloggers...♥ ♥ ♥
hello bloggers...♥ ♥ ♥
entry kali ni berkenaan
5 LELAKI TERSEKSI 2012...
jom kita tengok..siapakah mereka...
Bradley Cooper

Lelaki handsome ini mula dikenali menerusi filem The Hangover, ia bahkan menduduki kedudukan pertama daftar lelaki terseksi majalah people. Wajahnya yang menawan, tatapan mata tajam dan senyum menawan membuatnya teramat seksi dan meluluhkan hati banyak wanita
Liam Hemshworth

Lelaki kacak ini memang terkenal sebagai kekasihnya Miley Cyrus. Pelakon dari Australia ini mempunyai bentuk badan tegap dada bidang dan tinggi diatas rata-rata yang membuat para wanita terpaku
Idris Elba

Idris Elba adalah satu-satunya lelaki berkulit hitam yang masuk dalam senarai lelaki terseksi di tahun 2012 oleh majalah People. Ia merupakan pelakon terkenal di Inggeris namun mulai popular di Hollywood menerusi filem Thor
Justin Theroux

Mungkin kita lebih mengenalnya sebagai kekasih Jennifer Anniston namun ia adalah seorang pelakon sekaligus pengarah dan penulis skenario yang berada di sebalik filem-filem box office seperti Tropic Thundr dan Iron Man 2.
Chris Evans

Nama Chris Evans mulai melonjak sejak ia membintangi Fantastic Four dan kemudian menjadi superhero dalam filem Captain America dan The Avengers. Ia dinobatkan sebagai salah satu lelaki terseksi di tahun 2012 oleh majalah people

sumber-sumber ni semua dalam majalah people..
hahha..seksi ke??
for me..
p/s: i ♥ u.. >o<"
Subscribe to:
Posts (Atom)