Pages

Tuesday, 16 October 2012

hati

mungkin orang lihat aku seorang yang ceria..
orang lihat aku gembira seperti tidak ada ape2 maslah.
tetapi dlm hati ini.. hanya tuhan sahaja yang tahu.. hakikatnya aku adalah seorang insan yang sunyi..
tidak ada sesiapa yang memahami hati ini.. jika aku luahkan pon.. belum tntu ada yang sudi mendengar.
apalah daya aku untuk untuk meminta simpati daripada orang lain untuk berkongsi masalah..?
aku bukanlah siapa-siapa yang penting bagi mereka..

jauh di sudut hati ni.. aku menjerit-jerit menangis tidak dapat menahan sebak..
aku sedar.. hati ini terlalu lembut.. sehingga kan aku mudah untuk menangis..
tapi aku tahu,, aku mesti kuat.. maslah yang datang pasti ada penyelesaian..
aku tahu Allah akan membantu aku.. dan aku tahu.. Dia akan bantu aku dlm setiap ujian.

aku selalu senyap.. diam adalah tindakan aku yang terakhir apabila aku tahu aku mmg takkan dpt lakukan apa-apa. tak guna untuk aku melawan.. sebab aku tahu.. aku tidak akan dapat seperti ape yang aku mahukan.
aku sedar.. sejak dari dulu.. hidup aku tidak sperti orang lain..
aku banyak kekurangan.. dan kerana keegoan aku.. aku sengsara sendiri..
aku tanggung ini semua sendiri..
air mata adalah peneman hidup ini sejak sekian lama..
air mata ini tidak pernah berhenti mangalir setiap kali hati ini terluka

aku berharap suatu hari nanti.. ada yang boleh mendalami hati ini..
kerana aku tahu aku terlalu lembut dengan mereka yang aku kenali
mungkin kerana itu aku dipijak.. dicaci..di hina..
tapi aku masih ada hati dan perasaan.. tidak ada yang memahami..

bukan ingin mengungkit..tapi tidak cukupkah pengorbanan aku selama ini..rase seperti keseorangn di dunia yang fana ini...
tabahnya hati ini.. walaupun kdg2 aku tak dapat sorokkan perasaan.. akhirnya aku terluka sendiri
kerana mereka tidak memahami aku.. kamu semua tidak memaami aku
Ya Allah.. kuatkanlah hati ini...

No comments:

Post a Comment