Pages

Monday 3 February 2014

Assalamualaikum...

pernah kah kau berasa rendah diri? pernah kah kau terasa terhina? pernahkah kau merasa seperti tidak ada siapa yang sedar kewujudanmu?

aku pernah.. aku pernah merasa berada di bawah.. dimana aku lihat mereka membanggakan ibu bapa ku, tapi tidak aku.. kadang-kadang aku terfikir.. inikah kekurangan ku yang harus aku terima? kenapa mereka boleh memberi senyuman itu tetapi tidak aku? kenapa aku berbeza? kenapa? persoalan demi persoalan muncul di dalam fikiran. Dimanakah silapku? mungkin kerana aku bukan seorang anak yang baik dan juga bukan seorang hamba Allah yang baik.

Aku pernah lihat dikala mereka membanggakan ibu bapa mereka. menerima kejayaan demi kejayaan dan memberi senyuman demi senyuman kepada ibu bapa mereka. tapi dikala kejayaan yang mereka terima, aku sedang lagi tercari-cari kejayaan untuk diri aku. Aku masih lagi tercari-cari sisa-sisa senyuman untuk aku berikan kepada ibu bapa ku. Apakah aku tidak layak memberi mereka itu pada masa itu?. Aku lihat mereka senyum gembira.. senyum bangga tapi aku masih lagi mencari hala tuju hidupku. mungkin nasib ku tidak sebaik mereka. Kejayaan demi kejayaan yang mereka terima. ya! memang aku telah berada di peringkat ini.. belajar dan terus belajar..belajar dari kesilapan, belajar dari dugaan dan cabaran yang lalu.

Pernah juga aku kalah dalam hati dan perasaan.. aku kalah dengan hati aku sendiri, aku kalah dengan perasaanku sendiri. Apakah aku tidak layak menerima kebahagiaan. ya! memang kini itu semua kenangan, ya! memang kini ada yang sudi memberi aku cinta.. tapi kenangan itu masih segar diingatan. kenangan pahit yang aku lalui.. 3 tahun yang terbazir untuk seorang yang tidak kenal erti menghargai.. aku ditolak, aku dicabar tapi kenapa aku setia? Dan aku biarkan kenangan itu terus menjadi pengajaran untuk diriku dan aku akan terus mencari kebahagiaan yang akan datang..

Kini sedikit aku merasa kejayaan, walaupun lambat.. walaupun aku ketinggalan tapi aku yakin Allah ada jalan yang terbaik untuk aku, biar mereka kata aku bodoh! biarkan mereka kata aku lemah.. tapi aku yakin.. Allah akan membantu aku.. aku yakin aku akan dapat kekuatan itu.. 


Thursday 23 January 2014

Kenapa?

Assalamualaikum...

KENAPA?kenapa manusia suka pandang pada rupa? apa ada pada rupa? kenapa manusia sekarang suka pandang pada kedudukan? bukankah kita semua hamba-Nya?kenapa manusia suka menilai seseorang pada luaran? gaya? apa yang dipakai? 


Tak faham lah! perkara-perkara mcm ni bukan sahaja berlaku kepada orang luar.. tapi kadang-kadang ada dekat je dengan kita.Adakah orang yang gagal itu akan terus gagal? dan orang yang berjaya itu akan terus berjaya? Kebanyakkan orang akan berkata tidak.. tp hakikatnya.. perlakuan mereka, pandangan mereka, mengatakan ya! Anggapan mereka yang gagal akan terus gagal dan yang berjaya akan terus berjaya. Walaupun bibir mereka berkata tidak, tp perlakuan mereka menunjukkan ya! 


Wang Ringgit kah kebahagian? wang ringgit kah syurga? kenapa menjadikan wang ringgit sebagai alasan?kenapa? sekeping kertas menjadi ukuran? kadang-kadang aku tertanya.. apakah yang perlu kita cari sebenarnya di dunia ini? knp orang mengangungkan kehidupan didunia sedangkan kita tahu.. Dunia ni lah tempat Nabi Adam dan isterinya Hawa menerima hukuman kerana melanggar perintah Allah.. tapi kenapa? mereka masih memandang kepada ini semua? 

aku tertanya.. KENAPA?

Monday 16 December 2013

semester busy

Assalamualaikum..
huh!!arghhh!!!
semester ni adelah semester yang sgt busy.. smpai nk g berfoya2 untuk kesenangan diri sendiri pn rasanya x sempat.. dengan lecturer yang cerewet.. dengan asgmnt y sekejap ade sekejap x ada.. damn! mmg sgt letih..
InshaAllah.. pasti ade hikmah untuk semua yang terjadi nih.


Semester ni jgk lah semester yang aku di cabar dan di uji dengan pelbagai dugaan. dengan assignment yang mcm gunung everest, + elaun yang di tangguhkan disebabkan sebab2 yang tertentu.. duk jao gile dr kampus.. wargh! penat rasanya.. terlalu penat, terlampau penat. kalau tgk jadual.. mmg x byk kelas.. but asgmnt like hell! 


ni lah nasib orang belajar.. selagi x hbs belajar, selagi tu lah dikelilingi asgmnt, presentation, quizzes,test and many more. so x perlu lah tedddy nak mengeluh panjang2 kan? da lumrah seorang student.. rite?
Last bu not least, final exam is around the corner. so wish me luck! hoping for Dean List.. inshaAllah.. =)

Monday 18 November 2013

kenapa..

kenapa aku sign up blog tapi... keluar lain??
assignment apakah yang kene buat blog ni!!!
tolong la kami...

Sunday 13 October 2013

assalamualaikum..
hello!! hye! rindu nya nk taip panjang2 than membebel apa y kita rasa...
seriously..bila kita luahkn apa sahaja yang kita rasa dalam penulisan bnde tu adalah lebih baik untuk menjaga hati pelbagai pihak.. daripada kita menghamburkan pelbagai kata-kata yang tidak disenangi kepada orang lain.. Ini secara tidak langsung akan merosakkan hubungan sesama manusia..
Lately, teddy suka sangat beli Diari cantik-cantik and warna warni.. and i can write whatever i want about my feeling, problem, love, or maybe about my study.. yes! rasa lebih lega.. if kita nak nangis masa tulis tu pon.. x salah rasanya.. sebab kadang-kadang x semua yang kita nak cakap tu akan terluah bila kita mengadu pada org... sebab kita tak mahu org fikir bukan-bukan tentang diri kita!
Lagipun, xsemestinya bila kita luahkan pada orang, kita akan merasa lega.. org blh nasihat kita, but x semuanya y kita blh lakukan.. btl x? Bila seseorang itu dalam perasaan marah, sedih, gembira, or mungkin keliru.. orang tu x blh buat keputusan yang tepat. kan? So, after meluahkan melalui penulisan, mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kita membuat keputusan yang lebih bijak...
this is my style and my way, teddy just share aoe y teddy rase seronok nak dilakukan.. sebab bg diri teddy, tiada siapa yang boleh memahami kita selain diri kita...
~people will see my smile, my laugh, but they don't ever know what is inside~ =)

Tuesday 2 July 2013

SUKSIS

Assalamualaikum...

puuhh.. puhh... huussssshhh!! (tiup2 sikit bolg ni!) 
hah! rasenye last meng-update blog ni mase sem 1  kot.. hahaha.. berkurun dah weyh
okay.. acctually teddy x la busy.. cuma malas nk mengarang..
ok2! jujur lah! teddy lupa sbnrnye y teddy ni ade blog.. hahaha..
teringat pon sbb ade member kate y dy dah lame x update blog..

walaupn xde follower y nak bace tp kesian lah kat ruang legar ni kan.. terbia jerwk!
okay.. dah jujur dah!
Actually teddy wants to update about SUKSIS
okay nama panjang bg SUKSIS adalah Sukarelawan Polis Siswa

kalau kat UiTM Perlis dulu ade PELAPIS..(tak taw btl ke x ejaannya)
in UTem ade suksis.. but acctually ade je UiTM y ade SUKSIS
 byk lagi Universiti y ade SUKSIS ni.. 
contohnya UKM, UNiMAP, byk lg lah!

okay.. here we go! lately kitorg ade camp kat Pulau Pangkor
wahahaa.. mmg teringin sgt nak g! xkn nak lepas peluang kan?? mmg awesome gilerw! seronok tahap cipan ah!

here are the pictures of us.. 




ni semua skuad ade.. junior, intermediate and senior.. 


ok, muka teddy terselit kat situ.. 


ni skuad kami! ohh yeah! baju ni namenye baju operasi


with our skuad leader.. c cantik Dee




abaikan muka kami.. tgk pasir tu! pasir pantai!! 

okay.. acctually ade je gmbr mase kitorg wat activity.. but x dpt full lg.. kalo ade mase t teddy share okay??
last but not least.. Selamat Berpuasa!!

Tuesday 25 December 2012

3 fakta mengenai si tgn kidal vs tgn kanan.


hye bloggers..
oleh kerana teddy tulis tangan kiri or senang citer Kidal.. 
here are some info about lefthanded vs righthanded..
Secara umumnya , perbezaan antara orang yang menggunakan tangan kiri atau tangan kanan tidaklah terlalu ketara. Tetapi sekiranya faktor ini dikaji secara lebih dalam, terdapat perbezaan yang mungkin akan membezakan diantara keduanya. Faktor ini mungkin didorong oleh cara mereka berfikir dimana orang yang menggunakan tangan kiri dikatakan lebih sering untuk menggunakan bahagian otak belah kiri dan sebaliknya.Berikut adalah beberapa fakta hasil kajian yang telah dilakukan oleh pakar.
 Statistik- Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, orang yang menggunakan tangan kiri atau lebih dikenali dengan nama panggilan kidal adalah 15% daripada jumlah keseluruhan manusia di dunia. Disebabkan faktor inilah sekiranya dilihat banyak peralatan dicipta memberi keutamaan kepada orang yang menggunakan tangan kanan yang mewakili majoriti.

Punca tangan kidal- Punca seseorang cenderung untuk menjadi kidal tidak dapat dijelaskan dengan nyata. Ada pakar yang menyatakan bahawa faktor ini disebabkan oleh genetik dan keadaan persekitaran. Tetapi kidal tidak semestinya berlatar belakangkan keluarga, ada juga sesetengah keadaan dimana hanya seorang sahaja yang kidal didalam keluarga tersebut. Antara teori lain yang menyatakan punca kidal adalah disebabkan tekanan hormon testoran yang tinggi ketika bayi didalam kandungan.

Kelebihan – Seorang yang menggunakan tangan kiri dikatakan mampu berfikir dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan orang yang menggunakan tangan kanan. Selain daripada itu, hasil daripada kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan Searleman St. Lawrence juga mendapati bahawa tahap IQ orang yang menggunakan tangan kiri adalah lebih tinggi. Kelebihan untuk orang yang menggunakan tangan kanan pula adalah stigma pemikiran masyarakat terhadap mereka adalah lebih positif. Selain itu, orang yang menggunakan tangan kanan juga mudah untuk menggunakan pelbagai peralatan..