Pages

Monday 3 February 2014

Assalamualaikum...

pernah kah kau berasa rendah diri? pernah kah kau terasa terhina? pernahkah kau merasa seperti tidak ada siapa yang sedar kewujudanmu?

aku pernah.. aku pernah merasa berada di bawah.. dimana aku lihat mereka membanggakan ibu bapa ku, tapi tidak aku.. kadang-kadang aku terfikir.. inikah kekurangan ku yang harus aku terima? kenapa mereka boleh memberi senyuman itu tetapi tidak aku? kenapa aku berbeza? kenapa? persoalan demi persoalan muncul di dalam fikiran. Dimanakah silapku? mungkin kerana aku bukan seorang anak yang baik dan juga bukan seorang hamba Allah yang baik.

Aku pernah lihat dikala mereka membanggakan ibu bapa mereka. menerima kejayaan demi kejayaan dan memberi senyuman demi senyuman kepada ibu bapa mereka. tapi dikala kejayaan yang mereka terima, aku sedang lagi tercari-cari kejayaan untuk diri aku. Aku masih lagi tercari-cari sisa-sisa senyuman untuk aku berikan kepada ibu bapa ku. Apakah aku tidak layak memberi mereka itu pada masa itu?. Aku lihat mereka senyum gembira.. senyum bangga tapi aku masih lagi mencari hala tuju hidupku. mungkin nasib ku tidak sebaik mereka. Kejayaan demi kejayaan yang mereka terima. ya! memang aku telah berada di peringkat ini.. belajar dan terus belajar..belajar dari kesilapan, belajar dari dugaan dan cabaran yang lalu.

Pernah juga aku kalah dalam hati dan perasaan.. aku kalah dengan hati aku sendiri, aku kalah dengan perasaanku sendiri. Apakah aku tidak layak menerima kebahagiaan. ya! memang kini itu semua kenangan, ya! memang kini ada yang sudi memberi aku cinta.. tapi kenangan itu masih segar diingatan. kenangan pahit yang aku lalui.. 3 tahun yang terbazir untuk seorang yang tidak kenal erti menghargai.. aku ditolak, aku dicabar tapi kenapa aku setia? Dan aku biarkan kenangan itu terus menjadi pengajaran untuk diriku dan aku akan terus mencari kebahagiaan yang akan datang..

Kini sedikit aku merasa kejayaan, walaupun lambat.. walaupun aku ketinggalan tapi aku yakin Allah ada jalan yang terbaik untuk aku, biar mereka kata aku bodoh! biarkan mereka kata aku lemah.. tapi aku yakin.. Allah akan membantu aku.. aku yakin aku akan dapat kekuatan itu.. 


No comments:

Post a Comment