Pages

Thursday 23 January 2014

Kenapa?

Assalamualaikum...

KENAPA?kenapa manusia suka pandang pada rupa? apa ada pada rupa? kenapa manusia sekarang suka pandang pada kedudukan? bukankah kita semua hamba-Nya?kenapa manusia suka menilai seseorang pada luaran? gaya? apa yang dipakai? 


Tak faham lah! perkara-perkara mcm ni bukan sahaja berlaku kepada orang luar.. tapi kadang-kadang ada dekat je dengan kita.Adakah orang yang gagal itu akan terus gagal? dan orang yang berjaya itu akan terus berjaya? Kebanyakkan orang akan berkata tidak.. tp hakikatnya.. perlakuan mereka, pandangan mereka, mengatakan ya! Anggapan mereka yang gagal akan terus gagal dan yang berjaya akan terus berjaya. Walaupun bibir mereka berkata tidak, tp perlakuan mereka menunjukkan ya! 


Wang Ringgit kah kebahagian? wang ringgit kah syurga? kenapa menjadikan wang ringgit sebagai alasan?kenapa? sekeping kertas menjadi ukuran? kadang-kadang aku tertanya.. apakah yang perlu kita cari sebenarnya di dunia ini? knp orang mengangungkan kehidupan didunia sedangkan kita tahu.. Dunia ni lah tempat Nabi Adam dan isterinya Hawa menerima hukuman kerana melanggar perintah Allah.. tapi kenapa? mereka masih memandang kepada ini semua? 

aku tertanya.. KENAPA?

No comments:

Post a Comment